Friday, November 14, 2008

Kawan

mula2 skali, apa maksud kawan? klo menurut pandangan aku, kwn ni merupakan insan ciptaan Allah s.w.t yg dijadikan sbg pendamping kita. klo menurut definisi tu, kategori kwn ni mmg luas. kawan boleh terdiri drpd suami/isteri, adik beradik, saudara mara atau sahabat. cukup di situ.

apa kriteria kawan? seorang insan yg memahami hati dan perasaan kita, yg boleh dijadikan tmpt membalas bicara, yang boleh diusik dengan senda gurau dan perli2an yg tidak keterlaluan. dan yg plg penting kawan tu boleh dipercayai! DIPERCAYAI. so kalo terdapat insan2 disekeliling anda yg punya ciri begini, mereka boleh dianggap kwn.

pg ni aku diganggu dgn perbualan tak menguntungkan. seorang yg aku anggap kwn, tp tidak menganggap aku sebagai kwn. so bolehkah dia dianggap kawan? jawapan aku, TIDAK!

begini penjelasannya. hubungan antara manusia dengan manusia mmg kompleks. kerana masing2 terbina dgn peel dan tabiat tersendiri. mmg sukar dijangka perubahannya, kadang terdapat pasang surutnya. itu belom aku fokuskan pada jantina lg. klo entry kali ni mengupas semuanya, mmg tak tido la aku mlm ni.(mesti ramai yg tgk waktu entry ini skrg :P)

kalo seorng manusia itu cuba untuk berinteraksi dgn manusia lain, maka perlu ada kepahaman dan tolak ansur. itu ciri utama kalo mahu berkawan. kalo anda mahu berpoya shj, lupakan semua itu. anda tak layak berkawan dengan manusia. mgkn bangku dan kerusi lbh layak menjadi kawan anda.

kalo c polan A nk berkawan dengan c polan B, maka perlu wujud keserasian dan kepercayaan. tak perlu dikhianati dasar kepercayaan yg terbina tanpa ikatan fizikal, cukup lah saja keyakinan hakiki. kalo tidak ada dasar penting ini, maka anda tidak lah berkawan. anda sedang berpoya sbnrnya.

dan kawan biasanya saling menasihati dan mengingatkan antara satu sama lain. klo tak boleh menasihat, anda sbnrnya bkn berkwn. sekali lg, anda sedang berpoya. agak jelas penjelasan yg aku beri ini, terima kalo anda suka. bole juga muntah kalo tak setuju. ini cuma pandangan ku semata.

dlm perbualan ku yg tidak menguntungkan td, aku baru tersedar, aku sedang berpoya dlm berkawan. sblm ni aku rasa aku berkawan smbil berpoya, rupanya aku yg tak sedar. so pesanan ku, kalo anda betul2 mahu berkawan, ambil masa dan analisa calon kawan anda. pastikan anda dan kawan anda "berkawan sambil berpoya, bkn berpoya sambil berkawan!"

sukar juga tuk dipahami kan? beginilah aku kalo sedang berjiwang. mmg sastera abih. ok sudah2.. nxt entry plz..

p/s : harap rakan poyaan ku tak baca la thread ni. haha

No comments: